• Adakah Parlimen Santubong Sekali Lagi Sumbang Majoriti Besar Kepada BN?

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) mencatat majoriti besar 20,936 undi di Parlimen Santubong menerusi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Majoriti tersebut meningkat berbanding Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dengan hanya 11,945 undi.

    PRU13 juga menyaksikan dua calon iaitu Affendi Jeman (Bebas) dan Mura Kadir (STAR) hilang deposit selepas masing-masing hanya memperolehi 233 undi dan 206 undi manakala calon PKR Zulrusdi Mohamad Hol mendapat 3,719 undi.

    Berdasarkan rekod tersebut, Wan Junaidi dilihat agak kebal di Parlimen Santubong selepas pelbagai pembangunan dilaksanakan di kawasan yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut itu.

    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang masih belum diketahui tarikhnya akan menjadi penanda aras kepada BN sama ada mampu meraih majoriti undi besar lagi di Parlimen Santubong atau sebaliknya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Parlimen Santubong Sekali Lagi Sumbang Majoriti Besar Kepada BN? "