• Abg Jo Teliti Dalam Memperjuangkan MA63

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+
    Tindakan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menghantar barisan peguam ke London bagi merujuk semula isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah tepat. Atas tindakan tersebut, pembangkang mula bermain persepsi yang menjurus kepada mencari populariti sendiri.

    Malah ada netizen yang berani mendakwa Abang Jo telah membuat 'U Turn' dan tidak memperjuangkan hak Sarawak dalam erti kata sebenar. Sudah diperjelaskan oleh Abang Jo bahawa tindakan tersebut adalah untuk merujuk fakta sebenar agar perbincangan penurunan kuasa akan berjalan dengan lancar.

    Buktinya kini, pasukan peguam telah menemui perjanjian yang tidak pernah negara ini ketahui dan ia adalah perjanjian kolonial British dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun isi kandungan perjanjian tersebut belum didedah, dengan penemuan tersebut akan merungkai segala yang menjadi maslahat selama ini.

    Selama ini sering didedah dengan penulisan individu yang mencanangkan isi kandungan yang mengandungi 18 perkara untuk Sarawak dan 20 perkara Sabah. Pelbagai versi diterjemahkan dan ia sering berbeza- beza ketika diterangkan kepada rakyat. Malah mereka lebih menegakkan teori yang hakikatnya belum ada kepastian.

    Dengan pengumuman Abang Jo dalam masa terdekat, akan terbukti fakta sebenar apa yang terkandung dalam MA63 dan asasnya akan memudahkan perbincangan antara pusat dan negeri dalam hal penurunan kuasa tanpa mengikuti versi yang digembar gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selama ini. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Abg Jo Teliti Dalam Memperjuangkan MA63 "