• Abang Jo dan Najib lebih kedepan Dalam Manifesto

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+
    Pakatan Harapan Sarawak dan Sabah meluluskan menifesto untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. Isi kandungan manifesto berkenaan lebih tertumpu kepada hak Sarawak dan Sabah yang terhakis.

    Antara yang disentuh ialah berkenaan peruntukkan yang tidak dibahagi secara adil, polisi yang berat sebelah dan sebagainya. Bagi PH jika mereka menang pada PRU14, mereka akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto tersebut.

    Kemungkinan PH sudah lupa bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri telah melangkah kehadapan dalam isu hak yang terhakis. Najib berulangkali menyatakan bahawa hak Sarawak tetap diperjuangkan dan Abang Jo merealisasikan mengikut cara yang betul dan teliti.

    Ia bukan perkara yang boleh dihentam sembarangan kerana melibatkan pelbagai cabang perundangan untuk dibincangkan secara rasional. Hanya dengan kerjasama serta kesepakatan antara pusat dan negeri akan mampu merealisasikan hal tersebut, malah ianya akan mengambil masa.

    Manifesto PH adalah sesuatu yang sukar diterima kerana menifesto buku jingga yang lepas belum lagi pembangkang tunaikan di negeri-negeri yang sudah dikuasai pembangkang.

    Perlu diingatkan, terbinanya projek Lebuhraya Pan Borneo kerana ianya merupakan manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13. – Abdul Halim Jantan


    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo dan Najib lebih kedepan Dalam Manifesto "