• 75 Individu Ditahan Terlibat Judi Di Sarawak

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak berterusan menjalankan operasi membanteras kegiatan judi haram di negeri ini.

    Dalam serbuan yang dijalankan bermula 31 Julai hingga semalam seramai 75 individu ditahan terlibat judi nombor ekor haram, judi siber dan masing-masing satu serbuan keatas sabung ayam serta berjudi di tempat terbuka.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, kesemua ditahan di 13 buah daerah di negeri ini antaranya di sekitar Kuching, Miri, Sibu, Kuching, Padawan, Dalat, Kota Samarahan, Bintulu, Serian, Sarikei, Lawas, Marudi dan Matu Daro.

    “Kesemua individu ditahan berusia 16 hingga 62 tahun yang mana lima antaranya merupakan warganegara asing, 54 lelaki dan selebihnya wanita, katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.

    Tambahnya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962.-Sarawakiana



  • No Comment to " 75 Individu Ditahan Terlibat Judi Di Sarawak "