• 6 Anggota Polis Direman 3 Hari Bantu Siasatan

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang Inspektor bersama lima lagi anggota lain ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan pemerasan.

    Inspektor yang bertugas di Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak manakala lima lagi bertugas di Ibu Pejabat Daerah Kuching (IPD).

    Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman di Mahkamah Majistret Kuching, di Petra Jaya sebentar tadi.

    Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat Inspektor Ajass Mohd Ibrahim.

    Kesemua suspek berusia 25 hingga 53 tahun tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi tadi dan keluar sejam kemudian selepas arahan tahanan reman dibacakan.

    Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan penangkapan suspek-supek dalam serbuan yang dijalankan di Kuching, Padawan dan Lundu antara jam 10 malam hingga 3 pagi tadi.

    Suspek ditahan susulan dua laporan polis di Batu kawa dan Sematan kerana dipercayai melakukan pemerasan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.- Sarawakiana

  • No Comment to " 6 Anggota Polis Direman 3 Hari Bantu Siasatan "