• 43 Atlet Kelahiran Sarawak Jadi Pertaruhan Tuai Emas Sukan SEA

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Seramai 43 atlet kelahiran Sarawak akan mewakili Malaysia pada temasya Sukan SEA 2107 yang bermula minggu depan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Beliau berkata, kesemua atlet terbabit merupakan sebahagian daripada 876 atlet mewakili negara dan bertanding dalam 18 acara sukan.

    “Walaubagaimanapun, ini bukan jumlah muktamad bagi atlet dari Sarawak kerana terdapat ketua jurulatih yang masih belum menghantar senarai akhir untuk disenaraikan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Lebih menarik lagi menurutnya, atlet Sarawak, Bibiana Ng Pei Chin yang berusia 40 tahun merupakan atlet tertua dan bertanding sukan menembak.

    Bibiana merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 22 Sport Pistol Wanita dan juga pemenang pingat emas untuk beberapa kejohanan antarabangsa yang lain.

    Sementara itu, atlet termuda yang akan mewakili negeri Sarawak ialah Kimberly Bong Qiau Ping, berusia 15 tahun dan akan bertanding dalam acara terjun.

    Bagi acara berpasukan, 7 atlet dipilih daripada pasukan bola tampar menjadikan negeri Sarawak sebuah negeri paling ramai dipilih dalam acara berpasukan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 43 Atlet Kelahiran Sarawak Jadi Pertaruhan Tuai Emas Sukan SEA "