• 22 PATI Indonesia Ditahan

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam serbuan Op Ikrar (Sapu) di sekitar rumah pekerja ladang di Batu 37 di sini, malam tadi.

    Ketua Pejabatnya Noraini Rasi berkata seramai 29 individu diperiksa di kawasan itu pada 11 malam dan PATI yang ditahan berusia empat hingga 54 tahun.

    "PATI tersebut terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan dan kesemua ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata operasi selama lima jam itu digerakkan dengan kekuatan 22 pegawai dan anggota imigresen Tawau.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 22 PATI Indonesia Ditahan "