• 2 Pesawat Bergesel Sayap Di Lapangan Terbang Toronto

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    MONTREAL – Dua pesawat penumpang bergesel sayap dan rosak teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, malam tadi.

    Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick yang mengesahkan kemalangan itu hari ini berkata, pesawat Kanada sedang bergerak ke arah pintu pendaratan dan terlanggar pesawat Poland yang ketika itu berada di landasan.

    “Tiada kematian atau kecederaan akibat nahas itu walaupun ia menyebabkan kerosakan serius kepada kedua-dua pesawat berkenaan,” kata Fitzpatrick dalam e-mel.

    Menurutnya, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian itu.

    Pesawat Kanada, Boeing 767-300 membawa 286 penumpang dari Punta Cana, Dominican Republic.

    Sementara itu, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Kanada, Chris Krepski memberitahu rangkaian CBC, maklumat awal menunjukkan pesawat Air Canada itu terlanggar sayap Boeing 787 ketika bersiap sedia untuk berlepas.

    Berikutan itu, pesawat Poland membatalkan penerbangan ke Warsaw. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Pesawat Bergesel Sayap Di Lapangan Terbang Toronto "