• 2 Pegawai HDC Direman 7 Hari

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    KUCHING: Dua pegawai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan tender mengecat dan membaik pulih di Permyjaya Miri, Sarawak.

    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Zaiton Anuar kira-kira pukul 10 pagi.

    Kedua-dua suspek yang ditahan merupakan jurutera dan juruteknik kanan berusia 39 serta 59 tahun.

    Turut ditahan seorang pengurus berusia 49 tahun yang dilantik untuk melaksanakan projek tender itu yang dibuka pada April 2015. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " 2 Pegawai HDC Direman 7 Hari "