• 2 Maut Kereta Terjatuh Dari Tingkat 4

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Dua maut apabila kereta dinaiki terjatuh dari tingkat empat setinggi 13 meter di tempat letak kenderaan di resort di Genting Highlands, Bentong, hari ini.

    Dalam kejadian 4.15 pagi itu, V Palanisamy, 50, dan penumpangnya, pelancong wanita China, Ming Sanmao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Genting Highlands pada 5.30 pagi tadi.

    "Siasatan awal mendapati, pemandu hilang kawalan lalu terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini Genting Highlands Resort dalam keadaan keempat-empat tayar kenderaan itu ke atas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Maut Kereta Terjatuh Dari Tingkat 4 "