• 2 Gudang Barangan Terbakar

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Dua gudang penyimpanan pelbagai barangan di Kawasan Perindustrian Subang Hi-tech, Shah Alam terbakar, pagi hari ini.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan gudang itu pada 4.41 pagi dan 56 anggotanya bergegas ke lokasi.

    "Kebakaran tidak membabitkan kecederaan.

    "Ketika tiba asap begitu tebal kerana kebakaran sudah berlaku lama. Hasil tindakan pantas kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian," katanya hari ini.

    Beliau berkata, api berjaya dikawal bagi memastikan ia tidak merebak di bahagian belakang gudang yang menempatkan bahan kimia berbahaya.

    Azmi berkata, kebakaran masih berlaku pada masa ini namun tidak merebak ke bahagian lain kerana sudah dikawal sepenuhnya.

    Katanya, asap hitam masih keluar berikutan kebakaran di bahagian bawah membabitkan bahan seperti cat dan tayar yang disimpan di gudang itu.

    Kebakaran itu boleh dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer dari lokasi.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Gudang Barangan Terbakar "