• 19 Disahkan Maut, 247 Cedera

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    Korban gempa bumi sekuat 7.0-magnitud yang melanda wilayah Sichuan, China, malam tadi, kini 19 orang, termasuk enam pelancong, manakala 247 lagi cedera.

    Menurut Reuters, pihak berkuasa belum menyatakan negara pelancong yang terbunuh dalam gempa yang melanda kawasan penempatan 200 kilometer dari bandar raya Guangyuang.

    Bagaimanapun, seorang lelaki Perancis dan seorang wanita kanda cedera ringan.

    AFP melaporkan pihak berkuasa China menganggarkan sehingga 100 orang terbunuh berdasarkan taburan penempatan serta ribuan rumah yang yang musnah atau rosak.

    Sehingga hari ini, lebih 1,000 gegaran susulan dikesan menyebabkan orang ramai masih tidak berani pulang ke rumah.

    Selain itu, satu lagi gempa bumi sekuat 6.3 magnitud melanda wilayah Xinjiang, 2,000 kilometer dari Sichuan diikuti gegaran susulan sekuat 5.2 dan 5.3 menyebabakn sekurang-kurangnya tiga cedera.

    Menurut pihak berkuasa Sichuan, 1,250 tentera digerakkan untuk kerja mencari dan menyelamat bersama ratusan kenderaan, 30 anjing pengesan dan 55 alat pengesan hidupan bawah runtuhan.

    Pada 2008, gempa bumi 8.0 magnitude melanda wilayah Sichuan menyebabkan 87,000 orang maut atau hilang, menajdikannya bencana alam terburuk dalam sejarah China.

    Gempa bumi 2008 itu menyebakan tanah runtuh, meranapkan bandar, menghalang sungai hingga menjadi tasik memaksa puluhan ribu dipindahkan bagi mengelak menjadi mangsa ‘empangan’ pecah.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " 19 Disahkan Maut, 247 Cedera "