• 111 Kes Gigitan Baharu Dilaporkan Semalam

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan sebanyak 111 kes gigitan baharu dilaporkan dari bahagian Serian (34 kes gigitan), Sri Aman (26 kes gigitan), Kuching (19 kes gigitan) dan Samarahan (32 kes gigitan) setakat semalam.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan, jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin sehingga semalam adalah sebanyak 27,957 yang terdiri daripada 20,315 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain.

    Sementara itu, sejumlah 270 anjing telah divaksin dalam Program Pemvaksinan Anjing yang diadakan di bahagian Serian iaitu di Kampung Terbat Leban, Kampung Terbat Mawang, Kampung Mayang Kawan, Kampung Sebintin, Kampung Engkeroh, Kampung Pulau Pranuk, Kampung Krussen Kranji, Kampung Krussen Mawang dan Kampung Krussen Siu.

    Manakala jumlah kempen kesedaran mengenai wabak penyakit rabies yang telah diadakan di kampung dan sekolah yang terlibat masih lagi sebanyak 160 dan telah dihadiri 31,615 peserta.

    “Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku mulai 1 April 2017 hingga hari ini (semalam) adalah berjumlah 1,651 kes.

    “Secara kumulatifnya, seramai 834 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies,” katanya.

    Dalam kenyataan tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga kini, segera membuat pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.

    Pada masa yang sama, orang ramai turut diingat-kan untuk sentiasa menghindari gigitan haiwan ter-utama anjing dan sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan se-gera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunakan sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan. – Sarawakiana
  • No Comment to " 111 Kes Gigitan Baharu Dilaporkan Semalam "