• 1100 Jemaah Haji Program Haji YAB PM selamat tiba

    Published: Sunday, 13 August 2017
    A- A+
    Seramai 1100 jemaah Haji Program Haji YAB Perdana Menteri telah selamat tiba di Makkah untuk mengerjakan Haji dengan 4 penerbangan . Ramai jemaah haji program Khas Haji Perdana Menteri melahirkan rasa kesyukuran dan berasa bertuah menjejaki kaki ke tanah suci Mekah .

    Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 orang bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

    Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

    Kejayaan program ini merupakan bukti komitmen Perdana Menteri dalam memperkasakan syiar Islam di negara ini . Disamping itu ia juga keprihatinan PM membantu rakyat Malaysia mencapai impian mereka untuk menunaikan Haji.

    Rata-rata jemaah Haji berharap program ini akan dapat diteruskan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan .

    Kemudahan penginapan di Maktab amat selesa dan kecekapan Tabung Haji menguruskan jemaah Haji amat dipuji dan ia terbaik di dunia.

    Ezaruddin Abd Rahman
    Ketua Urusetia

    Subjects:

  • No Comment to " 1100 Jemaah Haji Program Haji YAB PM selamat tiba "