• '10 Saya Selamat Orang Tak Ingat, Sekali Sahaja Silap Orang Ingat' - Haziq

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Semalam Malaysia tumpas 0-1 kepada Thailand dan ia terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ekoran kekalahan perlawanan itu membuat banyak pihak kecewa.

    Sebalik kekalahan itu, netizen dilihat teruk mengecam kesilapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli ketika perlawanan yang mungkin boleh dikatakan tidak sengaja.

    Haziq dilihat tersilap langkah apabila tumbukannya telah mengakibatkan bola memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru yang dilakukan oleh pemain Thailand.

    Kesilapan itu secara langsung telah membuatkan Thailand menang dalam perlawanan merebut ‘ibu segala emas’ itu.

    Ekoran itu, Haziq telah dilihat tampil dan memohon maaf kepada semua dan menegaskan bahawa perkara itu bukan disengajakan.

    Tindakan tersebut, telah seakan mengulangi tragedi 2001 di mana ketika itu penjaga gol, Kamarulzaman Hassan turut melakukan kesilapan dan Malaysia tumpas ditangan Thailand dengan keputusan yang sama.

    “Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar.

    “Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja, Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain,” ujar penjaga gol itu.

    Tindakan berani tampil mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Haziq dikatakan mempunyai penjelasan yang tersendiri ketika ditanya soal kesilapan yang dilakukan itu.

    “10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya.

    “Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka. Saya tidak kisah,” tambahnya lagi.

    Dalam pada itu, ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee turut mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Haziq adalah sesuatu yang normal dalam arena bola sepak.

    Dalam kenyataannya memetik Mstar Online, mengatakan Haziq masih muda dan perkara ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus bukan sahaja buat nya malah untuk semua pihak.

    “Sudah tentu ia bukan untuk menerima keadaan gol seperti itu, tetapi ia berlaku kepada semua orang dan kita tidak boleh menyalahkan pasukan.

    “Dia masih muda, dan mempunyai masa depan yang cerah. Malah ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus.

    “Dan sudah tentu kami akan lebih bersedia untuk kembali bersama pada Disember ini bagi persiapan ke Piala AFC,” jelasnya selepas perlawanan.

    Bagaimanapun, tahniah diucapkan buat skuad Harimau Malaya atas permainan yang terbaik semalam. Walaupun hasrat untuk merangkul emas gagal tetapi anda tetap terbaik di mata kami!– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Subjects:

  • No Comment to " '10 Saya Selamat Orang Tak Ingat, Sekali Sahaja Silap Orang Ingat' - Haziq "