• 10 kelasi hilang, kapal dagang bertembung kapal pemusnah AS

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Operasi mencari dan menyelamat 10 anak kapal dilancarkan setelah mereka hilang akibat kapal yang dinaiki bertembung dengan kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di perairan Singapura hari ini.

    Tentera Laut AS dalam kenyataan berkata, kapal pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC di selatan Singapura berhampiran Selat Melaka.


    "Laporan awal menunjukkan John S. McCain turun mengalami kerosakan. Pada masa ini 10 orang anak kapal hilang, manakala lima lagi cedera.

    “Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala siasat berhubung insiden itu sedang dilaksanakan,” tambah kenyataan itu

    Kemalangan itu berlaku pada pukul 5.24 pagi waktu tempatan ketika kapal terbabit dalam perjalanan ke pelabuhan untuk pemeriksaan rutin.

    Kapal dagang terbabit dari Liberia membawa muatan 30,000 tan minyak dan bahan kimia.

    Insiden sedemikian adalah kedua yang membabitkan kapal perang Amerika Syarikat di mana pada 17 Jun lalu tujuh anak kapal terbunuh apabila kapal USS Fitzgerald bertembung dengan kapal kargo dari Filipina di terusan Yokosuka, Jepun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 10 kelasi hilang, kapal dagang bertembung kapal pemusnah AS "