• WhatsApp Perkenal Kamera Malam iPhone

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    NEW DELHI: Aplikasi mesej WhatsApp menambah baik fungsi kamera dengan memperkenalkan ‘Mod Malam’ versi terbaharunya yang membolehkan penggambaran dalam keadaan kurang pencahayaan bagi menghasilkan kualiti imej yang lebih baik.

    Menurut portal Gadget 360, penambahbaikan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia.

    Bagaimanapun jelasnya, fungsi berkenaan hanya terdapat pada versi WhatApp terkini dan khusus untuk iPhone.

    “Buat masa ini belum ada versi penuh atau beta dikeluarkan untuk sistem operasi Android,” jelas portal itu di sini hari ini.

    Menurut portal itu lagi, untuk mengaktifkan fungsi mod malam, pengguna perlu menyentuh ikon bulan sabit yang berada di bahagian atas sebelah kanan skrin.

    Tambahnya, setelah diaktifkan gambar kelihatan lebih cerah berbanding sebelumnya dan ikon tersebut hanya muncul sekiranya sensor kamera mengesan keadaan yang kurang pencahayaan.

    “Mod malam ini hanya untuk mengambil gambar dan ia tidak boleh digunakan untuk merakam video atau ketika membuka aplikasi dalam mod video,” jelasnya.– AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " WhatsApp Perkenal Kamera Malam iPhone "