• Warga Emas Maut Jatuh Dalam Bilik Air

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Lelaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Meru 2C, Meru Raya, Ipoh, hari ini.

    Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa Mohd Ibrahim Mohd Tahir, 75, dipercayai mengunci pintu bilik air itu sebelum terjatuh dan meninggal dunia.

    Difahamkan, ahli keluarganya yang menyedari mangsa terjatuh kemudiannya bertindak menghubungi bomba kerana pintu bilik air berkenaan terkunci dari dalam.

    Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Fauzi Hashim@Nazri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.55 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

    "Sebaik anggota tiba, pintu bilik air berkenaan sudah berjaya dipecahkan oleh ahli keluarganya sebelum mangsa dibawa keluar dari bilik berkenaan.

    "Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum operasi ditamatkan jam 6.34 petang," katanya ketika dihubungi.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Emas Maut Jatuh Dalam Bilik Air "