• Warga Emas Hilang Ditemui Dalam Keadaan Tidak Bermaya

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    SIBU: Selepas hilang lebih 24 jam, seorang warga emas berusia 70an ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 9.29 pagi tadi tanpa mengalami sebarang kecederaan.

    Semalam, mangsa dikhuatiri hilang di hutan sekitar Jalan Deshon.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa ditemui selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

    "Mangsa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya ketika ditemui. Kita (Bomba) menyerahkan mangsa kepada pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tujuan pemeriksaan awal dan mangsa dihantar ke Hospital Sibu," katanya.-Sarawakiana



  • No Comment to " Warga Emas Hilang Ditemui Dalam Keadaan Tidak Bermaya "