• Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Bintangor

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    BINTANGOR: Seorang warga emas wanita berusia 80 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Rumah Lambang , Jalan Tulai dekat sini tengah hari tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.00 tengah hari itu, rumah panjang 38 pintu terbabit musnah sama sekali dan menyebabkan seorang warga emas yang menghidap sakit tua terperangkap.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sejurus pihaknya menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota dari BBP Bintangor dibantu oleh anggota dari BBP Sarikei melakukan operasi pemadaman api,”katanya.

    Sehingga berita ini ditulis jumlah penghuni yang terjejas masih belum diketahui dan identiti mangsa yang rentung masih belum dikenalpasti.

    Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

    Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Bintangor "