• Wanita ‘Lalok’ Ganggu Polis Di Sibu

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    SIBU: Seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai dipengaruhi dadah cuba mencetuskan kekecohan di Balai Polis Sibu Jaya dekat sini petang kelmarin.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang itu, wanita berkenaan dilaporkan menganggu seorang anggota polis di pondok pengawal.

    Bimbang terjadi perkara lain yang akan berlaku anggota berkenaan bertindak meminta bantuan daripada rakan-rakannya dan memberkas wanita berkenaan.

    Bagaimanapun suspek yang dikenalpasti sebagai seorang penjawat awam tersebut turut dilaporkan bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis wanita.

    Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu bahawa wanita berkenaan telah ditahan reman selama dua hari.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang pegawai polis daripada menjalankan tugasnya dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis.-Sarawakiana
  • No Comment to " Wanita ‘Lalok’ Ganggu Polis Di Sibu "