• Wanita Berusia 80 Tahun Paksa Remaja Puaskan Nafsu, Bayar RM4

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Seorang remaja berusia 13 tahun berdepan detik hitam selepas dia mendakwa dipaksa wanita warga emas untuk melakukan hubungan seks di Palembang, Indonesia.

    Mangsa yang tidak tahan lagi melayan nafsu serakah ‘nenek’ berusia 80 tahun itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai perbuatan terkutuk suspek, sebelum ibu remaja terbabit melaporkan kepada polis, lapor Kompas.com, hari ini.

    Menurut ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Roh, 33, anaknya turut diugut akan dibunuh sekiranya tidak menuruti permintaan suspek untuk melakukan hubungan seks.

    Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam pada Khamis lalu (6 Julai) di rumah nenek itu yang terletak di Jalan Gotong Royong, Kelurahan Demang Lebar Daun, Palembang.

    Serangan seksual itu diketahui selepas mangsa yang bekerja sebagai pengutip barang-barang terbuang pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan, sebelum menceritakan insiden sebenar kepada ibunya.

    "Anak saya ini masih kecil (remaja) tetapi dipaksa berbuat demikian (hubungan seks), saya tidak boleh terima.

    “Dia (remaja) pulang dalam keadaan ketakutan. Setelah dipaksa baharu dia mahu mengaku bahawa dia dipaksa melakukan seks dengan nenek itu,” kata Roh dengan penuh kekesalan.

    Mangsa yang masih bersekolah mengaku sudah 10 kali dipaksa melakukan hubungan intim dengan nenek itu.

    Nenek itu akan memberikan wang sebanyak Rp 15.000 (RM4.83) selepas memaksa mangsa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.

    "Bila suaminya tidak ada di rumah, dia akan mengajak saya. Pada malam itu, dia paksa saya lagi dan mengancam mahu membunuh saya (jika tidak melakukan seks),” jelas mangsa.

    Pegawai Penyiasat Jenayah Palembang, Kompol Yon Edi Winara mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Berusia 80 Tahun Paksa Remaja Puaskan Nafsu, Bayar RM4 "