• Wajah Iras Neelofa, Pelajar Jadi Penyampai Berita TV9

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Tuah wajah seiras artis popular Neelofa, seorang gadis dipilih menjadi penyampai berita TV9.

    Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 22, menerima tawaran Media Prima awal Julai lalu selepas empat bulan menjalani latihan industri di program Wanita Hari Ini (WHI).

    “Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita,” katanya lapor mStar Online.

    Namun eksekutif editor Berita TV9 menafikan pemilihan graduan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu atas faktor wajah.

    “Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.

    “Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran.

    “Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,” kata Wan Sabariah Shikh A. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Wajah Iras Neelofa, Pelajar Jadi Penyampai Berita TV9 "