• Wabak Selesema Burung Landa Wilayah Selatan Myanmar

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+


    YANGON - MYANMAR: Wabak selesema burung kini dilaporkan melanda Dawei, wilayah pantai Tanintharyi, selatan Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua.

    Berdasarkan pengumuman Kementerian Kesihatan dan Sukan pada Selasa, lebih daripada 1,800 ekor ayam terpaksa disembelih bagi mencegah penyebaran virus.

    Selain itu, pihak berkuasa tempatan turut mengharamkan penjualan telur dan ayam di pasar Dawei.

    Virus selesema burung mula dikesan di beberapa ladang di Dawei selepas kejadian kematian ayam yang luar biasa berlaku.

    Sampel ayam yang diuji mengesahkan kematian haiwan ternakan itu disebabkan wabak selesema burung.

    Selesema burung sering melanda kawasan lain di Myanmar namun, di Tanintharyi ia pertama kali dilaporkan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Wabak Selesema Burung Landa Wilayah Selatan Myanmar "