• Video Mr. Bean Hiburkan Pelajar Di Miri Tular

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+


    Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

    Menerusi video yang tular di laman sosial Facebook (FB), kehadiran seorang lelaki bernama Faiket Luari, mirip pelawak popular tersebut, berjaya menghiburkan pelajar sekolah tersebut.

    Video berdurasi 8.25 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey, telah ditonton lebih 557 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.

    Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui kagum dengan bakat yang ada pada lelaki itu kerana bukan mudah untuk sesorang meniru gaya dan mempunyai mimik muka sama seperti Mr Bean.

    Namun kehadiran Mr Bean ke sana merupakan satu projek tanggungjawab sosial korporat bagi mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan. - Awani



  • No Comment to " Video Mr. Bean Hiburkan Pelajar Di Miri Tular "