• Video: 10 Lawan 1, Ni Muka Samseng Padang Sekolah

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Tak padan dengan perempuan! Rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar menjadi tular di laman sosial sejak semalam.

    Kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, Sabah.

    Menerusi klip video berdurasi 1 minit 39 saat itu, seorang pelajar perempuan dikepung kira-kira 10 pelajar perempuan di kawasan lapang dipercayai padang sekolah.

    Mangsa yang memakai tudung hanya berdiri di depan kumpulan terbabit seolah cuba mendapatkan kepastian mengenai masalah yang berlaku antara mereka.

    Pada masa yang sama salah seorang rakan penyerang mula merakam kejadian itu.

    Tanpa berfikir panjang, seorang pelajar perempuan mula menyerang mangsa dengan melepaskan tumbukan bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala, sebelum beberapa penyerang lain masuk campur.

    Mangsa yang tidak mampu melawan dilihat cuba untuk mengelak, namun ditendang penyerang terbabit menyebabkan dia jatuh ke tanah sebelum selagi lagi mangsa ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi di bahagian badan termasuk di muka oleh kumpulan berkenaan.

    Kedengaran mangsa menjerit kesakitan dan cuba menjelaskan sesuatu dipercayai isu mengumpat sehingga berlaku salah faham.

    Bagaimanapun, penjelasan mangsa itu tidak diendahkan sebelum sekali lagi kumpulan pelajar perempuan itu melepaskan tendangan dan tumbukan.

    Tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian.

    Namun, Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

    "Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya," katanya memetik laporan Harian Metro.

    Memetik Berita Harian pula, Mohd Nasaruddin berkata, kejadian berlaku pada Sabtu lalu di padang sekolah dan polis akan memanggil semua pelajar terbabit, selain ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan masing-masing.

    Sementara itu, di laman Facebook pula gambar wajah pembuli mula tersebar dan menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen berhubung insiden pukul itu.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Video: 10 Lawan 1, Ni Muka Samseng Padang Sekolah "