• Uggah Lawat Menara Tinjau, Telaga Tiub

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+
    Gambar Amalor Jihem
    MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang diketuai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini melawat ke Menara Tinjau dan Telaga Tiub di Miri sebagai persiapan menghadapi musim kemarau.

    Menara Tinjau yang siap dibina pada bulan Disember 2010 dengan kos RM345,720 dapat digunakan untuk meninjau kawasan di Kuala Baram 15 kilometer bagi mengesan kebakaran hutan paya gambut untuk tindakan segera pihak bomba serta agensi berkaitan.

    14 unit telaga tiub pula telah dibina pada tahun 2009 dengan 10 daripada nya di Kuala Baram, Miri 2 di Banting, Sri Aman dan 2 di Pelan, Mukah dengan kapasiti 50 meter kiub per jam dan kedalaman antara 30 hingga 150 meter dengan kos keseluruhan berjmlah RM3.7 juta termasuk kjerja-kerja penyelenggaraan.

    Telaga tiub sangat efektif dalam kerja pemadaman api paya gambut – kerana ia dapat menyekat api bawah tanah daripada merebak dengan membasahkan tanah gambut yang kering, selain digunakan mengisi air ke dalam parit untuk membasahkan tanah khususnya selepas 7 hari berturut-turut tiada hujan.

    Miri pernah mengalami kebakaran hutan yang agak serius pada bulan Januari 2013, bulan februari 2014, bulan mac 2015 dan April 2016.-Sarawakiana


  • No Comment to " Uggah Lawat Menara Tinjau, Telaga Tiub "