• Uganda: Tujuh Maut Makan Ubi Kayu Beracun

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+


    KAMPALA-- Sejak awal tahun ini, seramai tujuh penduduk di daerah Bugiri, maut selepas memakan ubi kayu beracun dan kebanyakannya adalah kanak-kanak manakala 10 lagi dimasukkan ke hospital.

    Ketua Polis daerah Bugiri, Edrisa Kyeyune berkata, kebanyakan mangsa terpaksa memakan ubi kayu yang masih muda kerana kebuluran terutamanya di wilayah pedalaman di timur Uganda seperti di Kapyang, Buluguyi, Nabukalu dan Buwunga.

    Antara yang maut termasuk pasangan kembar berusia lima tahun, Musa Opio dan Sarah Macho dari kampung Namukonge di daerah Kapyang.

    Pesuruhjaya daerah Bugiri Margret Mwanamoiza berkata, masalah kebuluran memaksa kebanyakkan penduduk keluar rumah dan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan.

    "Bagi meneruskan kehidupan kebanyakan kanak-kanak keluar mencari ubi kayu liar di kawasan ladang dan ada yang termakan ubi beracun," katanya.

    Sementara itu, pegawai pertanian daerah Peter Dhamuzungu, menafikan tuduhan bahawa spesies ubi kayu yang diberikan kepada petani di bawah program Operasi Mewujudkan Kekayaan menjadi punca kematian.

    Menurutnya, spesies ubi kayu itu telah diuji dan terbukti tidak mendatangkan bahaya kepada kehidupan manusia.



    -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Uganda: Tujuh Maut Makan Ubi Kayu Beracun "