• Tuduh Sofi Jikan Mengurat Isteri, Suami Cemburu Mohon Maaf

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki menuduh pelakon Sofi Jikan mengurat pasangannya ketika mereka berada di sebuah kedai makan di Jawi, Pulau Pinang.

    Selepas tular di media sosial, pelakon itu tampil menjelaskan perkara yang sebenar iaitu dia hanya balas senyuman kepada seorang wanita yang dianggap sebagai peminat, bukan mengurat seperti yang dituduh lelaki berkenaan.

    “Bila pula saya ingin mengurat isteri dia? Apa yang saya sedar, saya ada memandang semula seorang wanita dan membalas senyumannya,” kata Sofi menepis tuduhan tersebut.

    Terbaharu, lelaki yang dikenali sebagau Rayyan itu berkata dia tersalah sangka dengan tindakan Sofi Jikan yang memberikan senyuman kepada isterinya ketika mereka sedang menikmati hidangan.

    Rayyan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sofi dan berkata dia juga telah berjumpa Sofi bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku itu.

    “Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.

    “Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi tular di laman sosial.

    “Saya telah pun bersemuka dengan Sofi dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan itu,” katanya.

    Difahamkan, Sofi juga telah memaafkan lelaki itu dan tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadapnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tuduh Sofi Jikan Mengurat Isteri, Suami Cemburu Mohon Maaf "