• Trump Hilang Sabar Dengan China

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Donald Trump semakin hilang sabar dengan tindakan lembut China terhadap Korea Utara dan menyatakan keraguan sama ada Beijing bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menangani ancaman nuklear rejim itu.

    Beliau turut mengecam perdagangan China dengan Korea Utara semalam.

    "Hubungan perdagangan antara China dan Korea Utara meningkat hampir 40 peratus pada suku tahun pertama.

    "Ia terlalu banyak untuk China yang bekerjasama dengan kita, tetapi kita perlu mencuba!" katanya dalam akaun Twitter.

    Trump menyiarkan tweet itu tidak lama sebelum meninggalkan Warsaw untuk menghadiri sidang kemuncak G20 di Jerman esok dan Sabtu.

    Ketika sidang itu, beliau akan bertemu buat kali kedua dengan Presiden Xi Jinping, dan meluahkan kekecewaan kerana gagal menggunakan bantuan secukupnya untuk mengekang program nuklear Korea Utara.

    China adalah rakan dagang dan sekutu terbesar Korea Utara. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Hilang Sabar Dengan China "