• Tokan Pil Kuda Ditahan

    Published: Monday, 24 July 2017
    A- A+

    Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan bersama 117 biji pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Datu, Sering, Kota Bharu, 3 petang semalam.

    Suspek berusia 32 tahun ditahan dalam Op Tapis Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika serbuan, suspek sedang membaiki motosikal di belakang rumah.

    Katanya, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

    "Pemeriksaan menjumpai dadah disyaki pil kuda.

    "Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

    Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif methamphetamine.

    "Siasatan mendapati suspek mempunyai empat kesalahan rekod lampau," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tokan Pil Kuda Ditahan "