• Teruja Sepanjang Berkhidmat Di Sarawak - Abdul Aziz

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Haji Abdul Aziz Yusof berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan semua pihak sepanjang beliau berkhidmat selama setahun tujuh bulan empat belas hari di kontinjen Sarawak.

    Menurutnya, beliau berasa teruja sepanjang tempoh perkhidmatannya di Sarawak kerana kemesraan masyarakat di negeri ini.

    Abdul Aziz akan bertukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman menggantikan Dato' Amer Awal yang akan bertukar ke kontinjen ini sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu.

    Justeru, beliau menyeru supaya semua warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak amnya terus bekerja dengan penuh keihlasan dan amanah dalam memastikan kesejahteraan negeri ini terus kekal terpelihara.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perbarisan Perpisahan Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat PDRM Kontinjen Sarawak, Jalan Badruddin,di sini sebentar tadi.-Sarawakiana
  • No Comment to " Teruja Sepanjang Berkhidmat Di Sarawak - Abdul Aziz "