• Tersepit, Dihurung Serangga

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbalik selepas terbabas di Kampung Bulihing, Jalan Topokon, Tuaran, Sabah, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Francis Chin Foh, 29, yang memandu kereta jenis Proton Saga meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asnan Led berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.03 pagi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke lokasi kemalangan.

    "Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan cedera parah di bahagian kepala serta dihurung serangga.

    "Bomba mengeluarkan mangsa dan pemeriksaan awal sebelum pemandu itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi.

    Menurut Asnan, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuaran.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tersepit, Dihurung Serangga "