• Terjun Dalam Kawah Gunung Berapi Untuk Bunuh Diri

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Seorang lelaki telah meninggal dunia selepas terjun dalam kawah gunung berapi Kilauea di Hawai.

    Mayat Leo Adonis, 38, ditemui kira-kira 250 kaki di di kawah gunung berkenaan di Taman Negara Gunung Berapi.

    Turut ditemui adalah sekeping nota bunuh diri yang diletakkan di dalam beg galasnya. Beg itu ditemui oleh dua pendaki di kawasan berkenaan.

    “Ia amat sukar untuk saya menerima berita yang dia tidak mempunyai cara lain untuk mengatasi masalah mentalnya.

    “Saya sangat menyayanginya dan rindukan dia. Dia seorang yang baik dan tidak pernah menaikkan tangan kepada sesiapapun walaupun dalam keadaan marah,” kata bapa saudara Adonis di dalam Hawaii Tribune-Herald.

    Adonis dilahirkan sebagai dengan nama Gregory Michael Ure. Sebelum ini dia menetap di Petaluma, California. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Terjun Dalam Kawah Gunung Berapi Untuk Bunuh Diri "