• Telang Usan Perlu Ramai Kakitangan Perubatan

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+
    Ahli Dewan Undian Telang Usan, Dennis Ngau meminta kementerian kesihatan meneliti keperluan kritikal untuk meningkatkan kakitangan perubatan dan kejururawatan di klinik kesihatan di kawasan Telang Usan khususnya.

    "Dari pemerhatian saya ketika melawat beberapa klinik kesihatan luar bandar di kawasan saya, setiap klinik hanya mempunyai dua pembantu perubatan dan juga dua orang jururawat. Ini adalah masalah yang dihadapi oleh klinik sekiranya lebih banyak pesakit," katanya

    Memetik laporan The Borneo Post, Dennis berkata, kekurangan berlaku apabila pembantu perubatan(MA) atau jururawat terpaksa menemani pesakit yang perlu dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

    Dennis turut menjelaskan, disebabkan kekangan tersebut, tiada sokongan dari pembantu perubatan yang lain untuk hadir menggantikan pembantu perubatan yang perlu ke luar kawasan untuk menemani pesakit.

    Justeru, Dennis mencadangkan sekurang-kurangnya terdapat tiga orang pembantu perubatan ditempatkan di klinik desa dengan jumlah pesakit yang tinggi.

    "Saya percaya bahawa penambahan kakitangan pembantu perubatan boleh dibuat berdasarkan bilangan pesakit di sesuatu kawasan," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Telang Usan Perlu Ramai Kakitangan Perubatan "