• Tekanan Baharu Ke Atas Qatar

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+

    KAHERAH: Empat negara Arab yang mengetuai tindakan memulaukan Qatar berkata, keengganan Doha memenuhi tuntutan mereka adalah bukti hubungan negara itu dengan kumpulan pengganas dan mereka akan menggubal langkah baharu mengenainya.

    Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain mengeluarkan kenyataan bersama yang disiarkan media negara berkenaan, berkata senarai awal 13 tuntutan kini sudah tidak sah dan akan mengenakan tindakan politik, ekonomi dan perundangan terhadap Qatar.

    Kerajaan Qatar mensabotaj usaha diplomatik untuk menyelesaikan perbalahan itu, kata empat negara terbabit, dan keengganan itu mengesahkan tindakan mensabotaj kestabilan dan keselamatan rantau berkenaan.

    Langkah yang diambil empat negara berkenaan disasarkan kepada kerajaan Qatar, bukan rakyatnya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tekanan Baharu Ke Atas Qatar "