• Tanpa LRT & MRT, KL Jadi 'Sardin Dalam Tin'

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    Pemerkasaan sistem pengangkutan awam darat menerusi Transit Aliran Massa (MRT) merupakan kesinambungan kepada inisiatif Aliran Transit Ringan (LRT) daripada dua pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Wartawan veteran, Syahril A Kadir berkata, Kuala Lumpur pastinya tidak ubah seperti 'sardin dalam tin' sekiranya pengangkutan awam darat dipertingkatkan akibat peningkatan jumlah kenderaan terlalu tinggi ke pusat bandar, setiap hari.

    Jelasnya, sekitar tiga juta kenderaan keluar masuk Kuala Lumpur setiap hari memaksa sekurang-kurangnya 300 anggota polis trafik bertugas mengawal kesesakan pada waktu puncak.

    Ujarnya, jalan raya utama hanya boleh menampung kira-kira 800-1200 kenderaan pada suatu-suatu masa namun jumlah kenderaan sebenar jauh lebih tinggi.

    "Korang tahu tak berapa banyak masa yang dihabiskan pengguna jalan raya dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur pada 2014? Dianggarkan sekitar 270 hingga 500 juta jam.

    "Korang tahu tak jumlah masa dan minyak yang terbuang bagi setiap orang dalam bandaraya Kuala Lumpur? Kajian menunjukkan dianggarkan sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun - lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan iaitu RM2,795!

    "Dan, korang tahun tak berapa jumlah kemalangan dicatatkan di ibu negara dua tahun lepas? - 63,000 KES!," tulisnya di Facebook.

    Bekas wartawan Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian itu menegaskan, rakyat harus sedar bahawa inisiatif yang dibawa oleh kedua-dua pemimpin negara itu harus disokong sungguhpun mempunyai pandangan politik berbeza.

    Ini kerana kata Syahril, tanpa MRT atau LRT, pastinya kesesakan di Kuala Lumpur semakin kronik sehinggakan penggunaan basikal juga tidak mampu untuk menembusi aliran trafik.

    "Sebab itu waima apa pandangan terhadap Dr. Mahathir dan Najib, aku secara peribadi SALUTE DAN ANGKAT TOPI pada mereka berdua khususnya bila bercakap bab mengenai pengangkutan awam ini," tegasnya.

    Mengulas mengenai MRT Line 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang baru sahaja dilancarkan Najib semalam, penganalisis politik, Zakhir Mohamed berkata, kedudukan jajarannya sangat strategik melintasi kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

    Jelasnya, laluan yang bermula dari Sungai Buloh melintasi kawasan seperti Kota Damansara, Damansara Utama-Taman Tun Dr Ismail, Bangsar-Damansara Heights; terus ke pusat bandar Kuala Lumpur - merentas jalan utama yang sering berdepan masalah kesesakan.

    "Sepanjang laluan SBK, terdapat 40 institusi pendidikan dan 40 pusat beli-belah dalam lingkungan 500 ratus ela daripada stesen.

    "Ianya merupakan sistem pengangkutan terumuran dalam negara dimana Prasarana hanya mengenakan kadar caj 10 sen bagi setiap kilometer. Perjalanan dari Stadium Kajang ke pusat bandar cuma RM3.80, dalam tempoh 34 minit, bila-bila masa setiap hari," ujarnya.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Tanpa LRT & MRT, KL Jadi 'Sardin Dalam Tin' "