• Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik FFAP

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    PENGARAH filem pecah panggung Munafik, Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.

    Syamsul menerusi laman Instagramnya menzahirkan perasaan syukur di atas penganugerahan tersebut.

    “Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman. Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita sekecil-kecil hambaNya,” tulis suami Puteri Sarah Liyana ini.

    Kemenangan itu menjadikan Syamsul pengarah kedua Malaysia bergelar Pengarah Terbaik Asia Pasifik selepas Allahyarham Yasmin Ahmad mencipta sejarah sama tujuh tahun lalu.

    Yasmin menerima pengiktirafan sama pada 2010 menerusi filem Mualaf lakonan Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

    Selain kemenangan Syamsul, filem Ola Bola turut mengharumkan nama negara apabila membawa pulang trofi Suntingan Terbaik.

    FFAP dianjurkan Federation of Motion Picture in Asia Pacific (FFAP) sejak 1954 dan ia merupakan festival tahunan yang memberi pengiktirafan kepada penggiat filem dari seluruh Asia Pasifik. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik FFAP "