• Suspek tikam rakan diburu

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    POLIS Sandakan minta kerjasama orang ramai dalam mengesan suspek yang menikam rakan sekerjanya di rumah kongsi di Ladang Cepat Wawasan, dekat Sandakan, jam 9.30 malam semalam.

    Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek lelaki Indonesia berusia 30 tahun dikenali sebagai Sari Suku itu adalah pekerja di ladang berkenaan.

    "Orang ramai yang terserempak dengan suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di talian 089-211222 atau Balai Polis Ulu Dusun di talian 089-221251,”€ katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Pada kejadian semalam, mangsa, Jumardin Kamaruddin, 33, warga Indonesia, parah di rusuk kiri dan tangan kiri disyaki akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.

    Kejadian dikatakan berpunca selepas berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

    Pekerja ladang yang lain membantu menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Beluran sebelum lelaki itu dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.

    Mohd Azhar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata," katanya.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek tikam rakan diburu "