• Suspek pembunuhan Jong-nam tiba di Mahkamah Shah Alam

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+
    SHAH ALAM - Dua suspek pembunuhan kes pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini kira-kira pukul 8.05 pagi.

    Doan Thi Huong, 28, dan Siti Aisyah, 25, dibawa ke mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berasingan dan lengkap memakai jaket kalis peluru sambil diiringi polis.
    Advertisement

    Thi Huong dan Siti Aisyah hadir ke mahkamah memakai baju kurung masing-masing berwarna oren dan biru.

    Mereka hadir ke mahkamah hari ini bagi sebutan semula kes pembunuhan Jon-nam yang akan didengar dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin.

    Kedua-duanya didakwa bersama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

    Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukumen mati mandatori jika sabit kesalahan,

    Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanon Prosedur Jenayah. - KOSMO

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek pembunuhan Jong-nam tiba di Mahkamah Shah Alam "