• Suspek Cabul, Liwat Pelajar Ditemui Tergantung

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    Seorang lelaki yang juga suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sebuah sekolah ditemui mati dipercayai menggantung dirinya di dalam bilik hotel di Ipoh, kelmarin.

    Difahamkan, lelaki berusia 52 tahun itu bertindak demikian selepas tiga pelajar sekolah di Ipoh berusia 14 dan 15 tahun membuat laporan polis mendakwa diri mereka diliwat dan dicabul lelaki berkenaan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, polis menerima maklumat daripada hotel berkenaan kira-kira jam 5.40 petang kelmarin yang menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tergantung.

    Katanya, pada Isnin lalu, polis menerima laporan daripada dua pelajar sekolah berkenaan mendakwa lelaki berkenaan yang juga jurulatih fisioterapi sekolah mereka bertindak meliwat dan mencabul mereka.

    "Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku antara Mei 2016 hingga Mac lalu di rumah lelaki berkenaan dan bilik hotel.

    "Lelaki berkenaan dipercayai akan memberi pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan dan mangsa kemudiannya akan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum diliwat serta dihisap kemaluan," katanya dalam kenyataannya di Ipoh hari ini.

    Tian Kee berkata, lelaki berkenaan kemudiannya didakwa akan membawa mangsanya untuk membeli telefon bimbit, baju, seluar dan kasut bagi menutup perbuatannya itu.

    Katanya, polis sedang melakukan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek Cabul, Liwat Pelajar Ditemui Tergantung "