• Suami Isteri Dipenjara Miliki Bom

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Sepasang suami isteri masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki tiga butir bom buatan sendiri di sebuah unit di Kondominium Metropolitan Square, Damansara Perdana, April tahun lalu.

    Hakim Hilmiah Yusoff menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur, Ng Woon Chieh, 39, dan isterinya Chow How Luen, 41, selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan memiliki tiga bahan letupan.

    Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei tahun lalu dan tambahan lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

    Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini, jam 6 pagi, pada 17 April tahun lalu.

    Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - BHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Isteri Dipenjara Miliki Bom "