• Stadium Baru RM3 Juta Di Sibuti

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    MIRI: Kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta untuk membina Stadium Terbuka Sibuti yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan termasuk padang bola dan pentas.

    Ketua Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, projek pembinaan stadium baru itu dijangka dimulakan tahun depan.

    Beliau yang mengumumkan perkara itu sebentar tadi di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri berkata, pembinaan stadium itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

    "Selain kemudahan sukan di daerah itu, kerajaan negeri juga sedang membuat pertimbangan menukar nama daerah Subis kepada daerah Sibuti," katanya malam ini.

    Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya, Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang. Mengenai masa depan parti utama di Sarawak itu, beliau berkata, PBB mempunyai masa depan yang cerah untuk membawa kemajuan kepada rakyat Sarawak.

    Beliau berkata, walau pun pemimpin bertukar ganti, namun ahli dalam PBB terus bersatu memberi sokongan kepada pemimpin baru. - BHOnline
  • No Comment to " Stadium Baru RM3 Juta Di Sibuti "