• 'Siti Sumpah, Siti Janji' Jadi Pertaruhan Dominic Christy Dome

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    KUCHING : 'Siti sumpah, siti janji' merupakan single pertama Dominic Christy Dome yang akan berada dipasaran pada awal September ini.

    Single tersebut merupakan langkah awal Dominic, 34 tahun yang telah bergiat dalam industri muzik Dayak sejak 2012.

    Dominic sebelum ini sering muncul dengan album kompilasi.

    "Saya telah terlibat dalam album kompilasi beberapa kali dan pada 2014 merakam album kompilasi di bawah naugan ANP yang diketuai artis tersohor Rickie Andrewson dan beberapa artis Iban berpengalaman.

    "Pada 2016 pula saya sekali lagi tampil dalam album kompilasi 'Martina Vol 3' bersama artis Iban yang lain," katanya.

    Menurut Dominic, single pertama ini nanti akan menjadi langkah seterusnya untuk maju dalam industri dan satu tindakan memperkenalkan diri kepada peminat sebelum album penuh dipasarkan.

    "Saya sedang mengikuti proses rakaman dan persediaan lagu untuk album pertama saya dan belum diketahui bila ia akan siap.

    "Jadi single 'Siti sumpah, siti janji' yang akan dikeluarkan pada awal september akan memberi peluang kepada peminat untuk menilai kemampuan saya sebagai penyanyi," ujarnya.

    Dominic menambah, beliau mahu berjaya seperti artis lain dan bukan setakat berjaya sebagai penyanyi tetapi sebagai penghibur yang terbaik.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Siti Sumpah, Siti Janji' Jadi Pertaruhan Dominic Christy Dome "