• Sistem Pendidikan Malaysia Hasilkan Generasi ‘Kerbau’ - Razak Baginda

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Penganalisis Abdul Razak Baginda berkata sistem pendidikan di negara ini menghasilkan generasi yang hanya menurut dan tidak berani menyoal.

    “Kita sebuah negara pak turut seperti kerbau,” katanya pada forum “Pasca-politik: Harapan dan aspirasi Malaysia” malam tadi.

    Razak, yang mengetuai badan pemikir Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon), berkata ada sesuatu yang tak kena dengan graduan Malaysia.

    “Kita tidak menggalakkan penggunaan akal, kebebesan berfikir dan minda kritikal,” katanya.

    Razak berkata sistem pendidikan itu dibentuk sedemikian rupa untuk menghasilkan mereka yang hanya menjadi pak turut, sambil menambah golongan berkuasa mahu mengekalkannya demi kepentingan mereka.

    “Ia untuk melahirkan golongan yang tidak boleh berfikir bebas. Sekiranya kita fikir, kita sudah tentu memperbaikinya 10 tahun lalu,” kata beliau.

    Razak berkata dalam soal politik, generasi muda di Malaysia kini berdepan beberapa pilihan.

    “Kedua ialah memberontak di luar sistem, tetapi anda berdepan risiko gangguan termasuk terhadap keluarga anda, dan apabila ini berlaku, penyokong anda menghilangkan diri.

    “Ketiga ialah tidak ambil peduli, dan inilah bagi saya yang sedang berlaku. Dan jika ia berlaku, kita tidak akan maju.”

    Garis perkauman sektor korporat

    Razak berkata belia tempatan, sekiranya mendapati tidak ada lagi peluang di negara ini, boleh berhijrah ke negara lain.

    “Kalau anda tiada peluang di negara sendiri, carilah di negara luar. Tetapi pertimbangkan semua pilihan anda dulu.”

    Menurutnya, mereka perlu terlebih dulu mengkaji apakah benar Malaysia ketandusan peluang untuk masa depan mereka.

    Tetapi Razak mengakui sektor korporat Malaysia masih diselubungi garis perkauman.

    “Di kalangan syarikat yang disenaraikan awam, hanya satu kaum dari peringkat tertinggi hingga pertengahan. Satu lagi kaum sekadar menjadi drebar dan budak ‘despatch’.

    “Dan syarikat berkait kerajaan pula hanya satu kaum,” kata Razak.

    Beliau berkata ketandusan modal insan atau “brain drain” memberikan petanda kepada sesebuah kerajaan mengenai kegagalannya.

    Katanya, kerajaan bertanggungjawab menawarkan insentif untuk memastikan mereka yang berkebolehan kekal dalam negara, dan sekiranya ia gagal, ia tiada hak menghalang mereka meninggalkan negara.-FMT

    Subjects:

  • No Comment to " Sistem Pendidikan Malaysia Hasilkan Generasi ‘Kerbau’ - Razak Baginda "