• Sistem Pembayaran Cukai Jalan Fleksibel dikaji – Liow

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+

    Pelaksanaan sistem Pembayaran Cukai Jalan Fleksibel di negara ini akan dikaji oleh pihak kerajaan, malah ia juga sejajar dengan langkah liberalisasi insurans kenderaan bermotor di negara ini yang memberikan manfaat mengikut keadaan kenderaan, jangka masa atas jalan dan merit kesalahan lalu lintas.

    Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, sistem ini dilihat mampu memberikan manfaat yang besar kepada pemandu kenderaan yang berhemah dan ini mendorong kerajaan untuk memberikan insentif kepada golongan ini untuk mendapatkan pengurangan cukai jalan, laporan Berita Harian.

    Katanya lagi, dengan adanya sistem dan teknologi terkini, tempoh seseorang individu memandu kenderaan di jalan raya dapat dikesan termasuk mengikut perbatuan.

    “Sekiranya pemandu tersebut memandu dengan perbatuan yang rendah, maka lebih rendahlah cukai jalan yang dikenakan. Kita boleh laksanakan sehingga peringkat itu, dan maksud saya pembayaran cukai jalan fleksibel ini boleh dikaji untuk masa depan bukannya masa terdekat, ” katanya pada pihak pemberita semalam. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Sistem Pembayaran Cukai Jalan Fleksibel dikaji – Liow "