• Sifat Manja Tawar Seks Bertukar Ganas

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sifat ‘manja’ sekumpulan wanita yang menawarkan perkhidmatan seks bertukar ganas apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa yang menyerbu sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, di sini, kelmarin.

    Dalam operasi jam 5.30 petang, beberapa wanita itu turut bergelut sebelum mengigit tangan anggota polis yang cuba menahan mereka dalam usaha untuk meloloskan diri.

    Bagaimanapun, tindakan mereka gagal apabila seramai 22 wanita warga asing ditahan di hotel berkenaan yang dipercayai menjadi markas kegiatan pelacuran, selain turut dikesan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di tingkat bawah premis berkenaan.

    Antara wanita yang ditahan termasuk warga Mongolia, Russia, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Vietnam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sifat Manja Tawar Seks Bertukar Ganas "