• Siapa Cuba Laki Kami, Muka Dia Akan Kena Sagat Dekat Jalan Tar - Almy Nadia

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Belum reda dengan kes yang melibatkan pelakon baharu Afifah Nasir dan Aliff Aziz, pelakon Almy Nadia tampil memberi amaran supaya tidak menganggu rumah tangganya.

    Menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagramnya (IG), Almy telah berkongsi foto dengan kapsyen yang mengingatkan mana-mana wanita supaya tidak merampas suaminya, Fizz Fairuz.

    "Ini adalah suami kami tau, dia dah ada anak dara tiga orang tau. Jangan sesiapa cuba nak rembat laki kami. Jangan cuba-cuba tau.

    "Laki kami ni pemurah sikit, senang tabur duit kat orang, senang lembut hati, laki kami ni baik walaupun nampak garang. Cuma nak beritahu, ini laki kami.

    "Sapa cuba laki kami, muka dia akan kena sagat dekat jalan tar tau. Takut zaman sekarang, bahaya, kami cuma jadi diri kami saja,” tulisnya.

    Dalam pada itu, Almy juga mengingatkan kepada pengikutnya yang tidak suka dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu supaya menyekat (Block) atau tidak mengikutinya di akaun IG.

    Sebelum ini, rumah tangga Almy pernah dilanda masalah apabila seorang pelakon baharu mendakwa digoda oleh Fizz ketika berlakon bersama dalam sebuah drama.-Astro Gempak

    Subjects:

  • No Comment to " Siapa Cuba Laki Kami, Muka Dia Akan Kena Sagat Dekat Jalan Tar - Almy Nadia "