• Seorang Wanita Maut Kemalangan Jalan Raya Di Lundu

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    LUNDU: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sempadi Felda 1 sekitar jam 9 pagi tadi.

    Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Upik Rolaya.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa meninggal dunia di Hospital Lundu dan disahkan pegawai kesihatan.

    "Bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan terbabit.

    "Semua mangsa tidak tersepit dan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Lundu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

    Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.-Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Wanita Maut Kemalangan Jalan Raya Di Lundu "