• Selesai Krisis Dalaman Parti Untuk Elak Guna Calon Langsung

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    "Saya mempunyai strategi saya sendiri untuk menentukannya (calon-calon yang akan mewakili BN) pada PRU ke-14 ini kelak. Apabila tiba masanya, saya akan putuskannya," kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Pada masa sama beliau dibayangkan tidak akan mencalonkan calon langsung bagi Barisan Nasional (BN).

    Melalui kenyataan tersebut, Abang Johari jelas mempunyai cara tersendiri untuk memilih calon pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Sebelum ini beliau telah mendedahkan nama yang digugurkan dan berkemungkinan akan ada lagi yang akan digugurkan.

    Ini kerana Abang Johari dipercayai mahukan calon yang benar-benar berpotensi dapat berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat serta membantu beliau di peringkat Persekutuan.

    Hal ini penting memandangkan hanya Ahli Parlimen yang bekerja keras mampu membawa peruntukan besar daripada kerajaan pusat serta memenuhi pembangunan negeri ini.

    Di samping itu, perkara berkenaan penurunan kuasa serta hak Sarawak juga memerlukan Ahli Parlimen yang komited melancarkan usaha tersebut tanpa menjejaskan hubungan pusat dan negeri.

    Hakikatnya, Abang Johari begitu teliti dan tegas dalam pemilihan calon Ahli Parlimen dan mahukan krisis dalam parti komponen BN diselesaikan supaya istilah calon langsung tidak digunapakai pada PRU14 nanti. 

    Ternyata Abang Johari dilihat lebih matang menghadapi piliharaya seterusnya.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Selesai Krisis Dalaman Parti Untuk Elak Guna Calon Langsung "